header iklan

Thursday, February 11, 2010

Penyakit Bahaya Bawaan Air



Demam Kepialu (Tifoid)

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia kadar insiden adalah 3.13 /100,000 penduduk.


Taun

Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk. Di Malaysia kadar insiden adalah 0.54 / 100,000 penduduk.

Hepatitis A

Hepatitis A di sebabkan oleh virus Hepatitis A . Ia mengakibatkan hati anda bengkak dan kurang berfungsi. Hepatis A cepat berjangkit. Jangkitan dari hepatitis A akan menghasilkan kelalian (imuniti) terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Di Malaysia kadar insiden adalah 0.89/1000 penduduk.


Leptospirosis

Penyakit berjangkit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia disebabkan bakteria spirochete itu berlaku apabila ia terdedah kepada kuman dalam air tercemar dengan kencing haiwan seperti tikus.Ia adalah satu wabak penyakit zoonosis. Infeksi itu terjadi apabila seseorang itu terdedah kepada kencing haiwan seperti tikus, lembu, kambing, khinzir, anjing dan sebagainya yang telah dicemari dengan kuman Leptospira.gejala-gejala penyakit ini adalah demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, sakit perut, muntah, cirit-birit dan sakit kuning atau jaundice. Dalam kes yang serius, ia boleh membawa maut di mana seseorang itu boleh mendapat kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, pendarahan di paru-paru dan meningitis atau infeksi di bahagian otak. Ini adalah peringkat septisemia di mana kegagalan fungsi organ dalaman menyebabkan kadar mortaliti atau maut meningkat ke tahap 50 hingga 60 peratus.

Manusia sangat2 bergantung kepada air (tidak kira air bersih atau tercemar). Air bersih menjamin kesihatan manakala air tercemar mengancam nyawa hingga boleh membawa maut. 72% (lebih dari separuh) dari kandungan badan kita adalah air. Kekurangan 5% dari kandungan air dalam badan sudah cukup untuk menjejaskan prestasi kita sebanyak 30%. Tidak hairan kenapa kita begitu terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit hanya kerana minum air kerana air yang kita minum setiap hari sememangnya mengandungi KLORIN dan KESAN KARAT yang dapat melemahkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. Namun, pengambilan air yang bersih (ditapis) BUKAN SAHAJA memberi tenaga dan membolehkan badan berfungsi dengan baik malah air yang benar2 bersih dapat meningkatkan kadar metabolisma badan dan daya tahan tubuh melawan penyakit.

2 comments:

  1. Penapis air elken ken3 tersangat la bagus

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera, saya student degree universiti tempatan. boleh tak kalau saya nak minta tolong untuk dapatkan maklumat tentang penyakit yang disebabkan oleh pencemaran air. maksud saya data yang tepat.

    ReplyDelete