header iklan

Monday, June 28, 2010

AIR MINERAL ATAU AIR MINUMAN??


Hai semua..kali ni nak share ilmu yang baru dapat...

Difference between mineral water bottle or drinking water bottle? Kalau korang tengok gambar atas pun dah tahu mengenai ape kan? ianya mengenai cara untuk membezakan antara air minuman dan air mineral. Oleh kerana sekarang banyak sangat syarikat wat kluar air minum nih..dah macam2 jenama kalau kat Malaysia ni.

Mudah sahaja untuk bezakan antara air mineral semulajadi atau air minuman biasa. Ini perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman Malaysia. Air mineral semulajadi ialah air minuman yang berpunca dari air bawah tanah yang telah ditapis. Ianya boleh dikenali dengan warna tudung botol yang berwarna kecuali putih. Bagi air minuman biasa yang berpunca dari air paip yang ditapis dengan bermacam cara, ia boleh dikenal dengan warna tudung botol yang berwarna putih.

So, yang sebelah kiri gambar adalah air minuman dan sebelah kanan ialah air mineral semulajadi..So makesure choose the right one when you want to buy either mineral water or just drinking water.

5 comments:

  1. Salam...
    Sebelum ni baca je kat label samada air minuman @ mineral, tak tau pulak ada beza kat penutup dia tu....

    ReplyDelete
  2. Yup..ini faktanyer..lepas nie dah tau...klu nk lg detail, baca label dia...makin tinggi nilai PH air mineral tu,lgi bagus content air dia...

    ReplyDelete
  3. Sblm ni ingatkan sama je mana2 air mineral...rupanya punutup botol yg membezakan..thanks a lot for info

    jom jemput ke rumah saya

    ReplyDelete
  4. nice info. kalau boleh perhatikan juga label pada botol susu anak anda. Jika anda perasan, BPA selalu tercatat pada botol susu bayi. Apakah itu BPA? BPA ialah singkatan nama bagi Bisphenol A sejenis bahan kimia yang lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Kita akan lihat pasti ada tercatat BPA Free atau mungkin tidak tercatat langsung.

    ReplyDelete