header iklan

Friday, March 11, 2011

AIR TELAGA ZAM ZAM

Air Telaga Zam-Zam

Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.


Isi kandungan

* 1 Sejarah
* 2 Maklumat fizikal
* 3 Air zamzam kini
* 4 Air zamzam dijual
* 5 Pengurusan air zamzam

Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.

Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” – yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.
[sunting] Maklumat fizikal

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.

Air zamzam kini

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Air zamzam dijual
Air zamzam dijual dalam botol

Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah.

Pengurusan air zamzam

Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).

Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah.

Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.

Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan.

Ada yang merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur dengan air lain.

No comments:

Post a Comment