header iklan

Sunday, July 11, 2010

Penapis Seramik Mengandungi TULANG BABI !!! - Bagaimana untuk Memeriksanya?

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang babi. Ramai jurujual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini.



Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat katrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan & Jepun. Malah produk bahan penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

Jadi, dengan ini perlulah kita berhati-hati dan pandai memilih produk yang bersih dan Halal.

23 comments:

  1. yup..hope saudari mendapat info berguna ;)

    ReplyDelete
  2. De gak dgr ttg isu nie ari 2...
    2 pun member bgtau...
    Tp xtau plak nk check bende 2 cmne...
    So skrg,info u akn i try kt umah...
    I nk check bende 2 mcm ne yg u tunjuk kn 2...

    ReplyDelete
  3. salam duan....baca entry ni baru tau... tp if dah guna dah penapis air tu cam ner nak cek.....

    ReplyDelete
  4. Wsalam...klu xtau xpe,if dah tau kena jauhi yang haram...sbb banyak yang halal ader.. ;)

    ReplyDelete
  5. salam..kalau yang lain2 x halal mcm mana diaorg dapat sijil halal eh? sykt pun besar,kukuh dan mantap ...mcm mana tu? sijil halal tu diaorg beli kot? maklumlah byk duit la katakan..terangkan skit! bleh bg tau x sykt yang menjual water filter yang haram di sisi JAKIM dan xde logo halal...tlg senarai yea

    ReplyDelete
  6. ermm..itu xsure la plak...sini saya share apa yg tau jer..hal diaorg palsukan sijil HALAL atau tak itu antara diaorg ngan ALLAH..yg penting kita tu jangan menipu org...jg diri sendiri sebelum nk jg diri org lain...baiki diri sblm baiki org lain..berkenaan list syarikat tu, sila rujuk JAKIM yer,sy bukan kaunter JAKIM ;)

    ReplyDelete
  7. Wan jangan timbulkan isu ini tanpa ada bukti yang sah. Andaian-andaian seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat. Memanglah kita perlu berhati-hati dalam soal halal dan haram, tapi bukan dengan cara menimbulkan kekeliruan melalui fakta yang turut meragukan. Sebab yang halal dan haram itu suatu perkara yang jelas dan tak boleh dinafikan dengan hujah-hujah/fakta-fakta yang ragu sumbernya.

    Takde bukti produk yang datang dari taiwan dan china itu berasaskan dari bahan yang haram.

    Masy. kita selalu mengaitkan cina dengan babi, tu fikiran yang tidak tepat.

    Memang, jika kita kaitkan produk dari cina dan taiwan dengan bhn babi ia mudah diterima/dipercayai oleh org melayu terutamanya.

    Sebab itu berita palsu dan tak sah ni mudah tersebar.

    Kita terlupa umat islam di China lebih ramai berbanding dengan umat islam di malaysia.

    So, AWAS jangan sampai menganiaya orang lain.

    ReplyDelete
  8. Harap dapat beri penjelasan yang lebih tepat dan sah atau tarik balik penyataan yang berkaitan dengan tulang babi di atas.

    Jadilah umat Islam yang bertanggungjawab.

    Wan boleh rujuk kitab HALAL DAN HARAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM karangan oleh YUSUF QARDAWI.

    WALLAHU'ALAM

    ReplyDelete
  9. saya rasa cik keliru dengan apa saya tulis di atas. pertama, saya suruh org ramai berhati-hati dalam memilih produk yang mereka inginkan.bukan memboikot (paham?). 2nd, apalah hak anda untuk halang saya ber blog disini.blog adalah suara kita.negara kita bebas dan demokrasi. klu masih dengan fikiran sempit ini, sila cancel blog anda. tq

    ReplyDelete
  10. sumber sungai kite mcmana plak?yg ditapis?..kalau2 ade babi mati ke?leh tolong x?air sungai tersebut ditapis oleh Syabas / Syarikat Air Melaka (SAM)..so camne plak?then begitu jugak seramik filter tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. air sungai kat dah air mutlak tak perlu tapis.. dia termasuk dlm 7 jenis air mutlak iaitu air yg suci lg menyucikan yg blh di buat wuduk

      Delete
  11. as salam,,saya adalah salah seorang pengguna penapis air di rumah,setelah mendengar tentang ada penapis air ni tidak halal timbul perasaan was-was...ada tak sape2 yang tau dan ada bukti yang menyatakan produk2 mane yang tidak halal...

    ReplyDelete
  12. belilah water filter/dispenser yang mempunyai sijil HALAL. hati pun x was2..

    ReplyDelete
  13. Kalau betul halal kenapa x minta sijil halal supaya org yakin? Biz juta2 tp x berani utk mohon sijil halal, kan pelik tu?

    ReplyDelete
  14. Sila buka dilaman web ini utk memastikan penapis air yang anda jual @ beli itu halal @ x..http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia..dan buat maklumat carian mengenai water filter yang anda semua ragu2..sy x ingin menyokong mane2 pihak tetapi kite patut serahkn tanggungjwb pd pihak jakim..biarlah mereka yang menentukan yang mane halal & mana yang haram..jgn anda semua buat spekulasi sendiri..jika pihak jakim ada buat kesilapan dalam memberikan logo halal pd syarikat yang x berpatutan, then kita x berslah kerana x mengetahui perkara tersebut..ianya menjadi haram jika telah tau perkara tersebut sememangnya haram..maaf atas ayat sy jika ada yang terkecil hati tetapi berkongsi ilmu itu tidak salah bukan..tq :-)

    ReplyDelete
  15. as salam... saya tak nak menyokong mana2 pihak.. tapi kalau nak beli apa2 produk tgk tanda halal.. dan ce dengan jakim jika ragu2.. saya ade member promosi kat saya smalam.. penapis air haio .. saya tgk halal jakim ade.. saya beli.. itu saje.. jangan bergaduh dan jangan menuduh.. jangan membuat spekulasi.. untuk kita naik atas kejayaan orang lain.. jangan menyusahkan orang lain.. kita jual produk.. nak lakukan produk kita.. kita burukkan produk orang lain.. jadi custemer tukar .. sema yang dibeli dgn produk kita.. ini namanya jelas haram.. pendpatan kita.. benda tu halal.. diguna.. wallahuaklam..

    ReplyDelete
  16. aku lihat penapis air COWAY ada logo halal jakim.

    ReplyDelete
  17. Halal outdoor water filterOctober 13, 2014 at 7:37 AM

    Salam tuan2, setahu saya cuma COWAY je ada logo halal, tapi harga outdoor water filter dalam RM2,700 agak mahal. Klu dekat luar, boleh dapat dalam RM400 je cuma masalahnya xde logo halal. Boleh cadangkan Halal outdoor water filter, klu boleh mesti ada logo halal jakim. Tq

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum..tumpang tanya siapa yang ada info tentang status halal bg seramik dlm water filter HEXAGON drp cosway .

    ReplyDelete