header iklan

Tuesday, February 16, 2010

Thursday, February 11, 2010

Produk C - ENERGY WATER SYSTEM WITH 6 FILTER RM399 SAHAJA!!!




Jangan Tunggu Lagi, Milikilah BIO ENERGY WATER SYSTEM dengan harga RM399 SAHAJA Bagi Menjamin Kesihatan Anda Tanpa Perlu Membayar Lebih!!! Semua orang tahu bahawa air paip dirumah kita tercemar dan mengandungi klorin yang berbahaya kepada kesihatan. Jika anda memelihara ikan hiasan, anda perlu meletakkan anti- klorin didalam air bagi mengelakkan ia mati. Namun, bagi diri anda dan keluarga sendiri, tiada tindakkan diambil bagi mengelakkan bahaya klorin, karat dan sebagainya dari memasuki tubuh badan anda. Tahukan juga anda bahawa kebanyakkan air paip dirumah kita ada kala datangnya beratus kilometer dari kolam air sebelum memasuki rumah kita? Tahukan anda bahawa paip dirumah akan mula berkarat hanya selepas setahun digunakan?

Milikilah segera Bio Energy Water System dengan harga yang mampu dimiliki!!! Dijamin Harga Terendah Dipasaran...

Kelebihan Bio Energy Water System

a. Bio Energy Water System mempunyai 6 penapisan ( filters) bagi menjamin kualiti air yang diminum agar mencapai tahap P.H. sekitar 7-8 berbanding penapis biasa yang kebanyakanya mempunyai hanya 4 atau 5 penapis sahaja.



b. Kebanyakkan penapis air hanya membuang bau didalam air tetapi tidak membersihkan air dan mengembalikan mineral didalam air. Bio Energy Water System berfungsi menghilangkan bau, membersih serta mengembalikan sumber mineral penting didalam molekul air bagi keperluan tubuh badan.





c. Selain penapis seramik dibahagian luar, penemuan teknologi terkini membolehkan penapis Bio Energy Water System tidak perlu ditukar dan ia boleh digunakan sehingga 1 tahun. Ia sememangnya menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding dengan produk lain dipasaran yang memerlukan penapisnya diganti selalu serta risiko rosak jika tidak diganti.


d. Bio Energy Water System berteknologi NANO yang dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan bio seramik semulajadi dengan kadar ketulenan yang tinggi serta kaya dengan oksigen didalam butiran molekul air yang sangat halus.

e. Air hasil Bio Energy Water System meningkatkan sistem metabolism badan dan memberi tenaga tambahan agar meningkatkan daya ketahanan badan kita serta mencegah penyakit-penyakit berbahaya.

f. Berikutan harganya yang murah disamping kos penyelenggaraan yang rendah, ia mampu dimiliki bagi memastikan aktiviti harian seperti memasak, membasuh, mandi serta kegunaan lain boleh dilakukan dengan selamat.

g. Selain itu, pemasangan Bio Energy Water System juga mudah dilakukan dan boleh digunakan dirumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan.

Penapis 1 (diluar) Penapis seramik ini juga dikenali sebagai pra-penapisan yang diletakkan diluar bagi memudahkan pengguna melihat keadaan penapis tersebut sama ada ia perlu dicuci atau tidak. Jika ia sudah kelihatan kotor, berkarat dan sebagainya, ia perlulah dicuci. Penapis ini berfungis mambasmi karat, hampas dan lain-lain zarah-zarah tersangkut dan menghapuskan bacteria. Liangnya bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.99%.

Penapis 2 Penapis ini diperbuat daripada zarah bumi yang tersimpan di dasar tasik dan teluk yang telah di padatkan dan dibakar pada suhu yang tinggi. Saiz liang minit setara iaitu 0.3-0.7 mikron menghapuskan mikro-mikro yang membahayakan dan zarah-zarah.

Penapis 3 Penapis ini mengandungi batu mineral untuk mengalkalikan dan menyemaikan air dengan spektrum ionik yang besar dan mineral yang dikesan. Ia menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpair. Unsur resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral

Penapis 4 Penapis ini berfungsi setelah ion bertukar air resin halus. Ia menggunakan penyerapan ionik, suatu blok karbon teraktif membasmi bau yang kurang menyenangkan, warna dan bahan toksik seperti klorin, trihalomethanes (THMs), kimia organi dan sebatian radioaktif dan racun serangga.

Penapis 5 Penapis ke 5 ini merupakan suatu blok karbon teraktif dan blok karbon KDF granular teraktif membasmi sebarang sisa toksin dan bahan kimia, termasuk bijih besi mudah hancur dan gas toksik yang mudah serap seperti methane dan hidrogen sulfida, melalui proses elektrokimia.

Penapis 6 Penapis ini mengubah tenaga dengan manik bio-seramik yang dibuat daripada tanah liat dan mineral oksida, memancarkan tiga kali lebih FIR intensif yang mana mengaktifkan air dengan tenaga yang begitu sihat, meningkatkan simpanan oksigen dan menghaluskan molekulnya dalam kelompok yang kecil. Oleh yang demikian, tunggu apa lagi tempahlah sekarang!!!

:: Hantarkan maklumat seperti berikut:

-Nama penuh -No. Telefon Bimbit -No. Telefon rumah/pejabat -Alamat penghantaran -Bukti pembayaran. Penghantaran adalah PERCUMA!! (Wang pos, slip bank @ transfer)

Pembayaran boleh dibuat ke akaun seperti berikut:-

CIMB - 14260065901528


Maybank - 164717035745


Public Bank - 4884807716 Hubungi: 013-682 5885 untuk tempahan atau maklumat lanjut.

Cara pembelian:-

a. Jika anda tinggal disekitar Kuala Lumpur atau Selangor, kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke kediaman. Pembayaran boleh dibuat sebaik menerima penapis air / water filter anda.

b. Jika tidak, setelah menerima tempahan serta bukti pembayaran anda melalui akaun seperti yang tertera di atas, kami akan menguruskan penghantaran terus ke alamat yang dinyatakan. Anda akan menerimanya dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Kos penghantaran adalah PERCUMA!!!!

Peluang Perniagaan :- Kami mengambil kesempatan ini ingin memberi peluang kepada mereka yang berdedikasi, bersemangat waja dan berminat untuk menjalankan perniagaan untuk menjadi pengedar kepada produk Bio Energy Water System. Setelah memiliki dua (2) Bio Energy Water System, anda layak menjadi pengedar. Syarat pengedar mungkin berubah dari masa ke semasa. Peluang ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Testimonial

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah menyokong kami selama ini bukan sahaja dengan membeli produk Bio Energy Water System untuk kegunaan sendiri malah turut mempromosikan produk kami kepada kenalan dan ahli keluarga yang lain. Oleh yang demikian bagi memantapkan lagi perkhidmatan kami, dengan ini kami mengalu-alukan pandangan, pendapat, komen dsb tidak kiralah sama ada yang positif atau negatif diberikan kepada kami. Sila email kepada :

Terima Kasih


Setelah mencuba ini, kesihatan kami sekeluarga bertambah baik, anak saya tidak lagi mengalami sakit2 kepala serta mampu memberi tumpuan kepada pelajaranya.

Zamani
Serdang, Selangor


Terlebih dahulu ingin saya ucapakan terima kasih kerana sanggup melayan pertanyaan saya yang banyak dan semua penerangan yang diberikan memuaskan hati saya.

Salina
Ampang, Selangor

Pada mulanya saya tidak percaya dengan harga yang ditawarkan begitu murah dan dengan kualiti yang dijanjikan. Saya hanya bertawakal shj semasa membeli bio energy water system ini, tapi selepas guna saya dapati penapis air ini tidak mengecewakan saya. Saya telah mencadangkan kepada rakan2 sepejabat saya disamping turut menjadi pengedar produk ini.

Zara
Bangsar, KL


Senang untuk dipasang dan mudah digunakan.

Alim
Sungai Petani, Kedah



Saya ada membeli penapis air jenama lain, harganya bernilai RM2030 seunit. Selain mahal, alat ganti penapis air nya perlu ditukar setiap 3 bln, 6 bulan dan setahun yang bernilai diantara RM100 sehingga RM400 seunit. Akhirnya, saya mencuba penapis air ini dan ianya sememangnya lebih bagus kerana penapis boleh digunakan selama 2 tahun. Penapis air yg lama tidak lagi digunakan oleh saya dan saya simpan didalam stor sebagai hiasan hahahaha....

Min
Ipoh, Perak


Bagus! klau ada produk lain yg nak jual, jgn lupa bgi tau saya.

Jimmy
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Penyakit Bahaya Bawaan Air



Demam Kepialu (Tifoid)

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia kadar insiden adalah 3.13 /100,000 penduduk.


Taun

Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk. Di Malaysia kadar insiden adalah 0.54 / 100,000 penduduk.

Hepatitis A

Hepatitis A di sebabkan oleh virus Hepatitis A . Ia mengakibatkan hati anda bengkak dan kurang berfungsi. Hepatis A cepat berjangkit. Jangkitan dari hepatitis A akan menghasilkan kelalian (imuniti) terhadap penyakit ini sepanjang hayat. Di Malaysia kadar insiden adalah 0.89/1000 penduduk.


Leptospirosis

Penyakit berjangkit bawaan haiwan yang boleh menjangkiti manusia disebabkan bakteria spirochete itu berlaku apabila ia terdedah kepada kuman dalam air tercemar dengan kencing haiwan seperti tikus.Ia adalah satu wabak penyakit zoonosis. Infeksi itu terjadi apabila seseorang itu terdedah kepada kencing haiwan seperti tikus, lembu, kambing, khinzir, anjing dan sebagainya yang telah dicemari dengan kuman Leptospira.gejala-gejala penyakit ini adalah demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, sakit perut, muntah, cirit-birit dan sakit kuning atau jaundice. Dalam kes yang serius, ia boleh membawa maut di mana seseorang itu boleh mendapat kegagalan buah pinggang, kegagalan hati, pendarahan di paru-paru dan meningitis atau infeksi di bahagian otak. Ini adalah peringkat septisemia di mana kegagalan fungsi organ dalaman menyebabkan kadar mortaliti atau maut meningkat ke tahap 50 hingga 60 peratus.

Manusia sangat2 bergantung kepada air (tidak kira air bersih atau tercemar). Air bersih menjamin kesihatan manakala air tercemar mengancam nyawa hingga boleh membawa maut. 72% (lebih dari separuh) dari kandungan badan kita adalah air. Kekurangan 5% dari kandungan air dalam badan sudah cukup untuk menjejaskan prestasi kita sebanyak 30%. Tidak hairan kenapa kita begitu terdedah kepada ancaman pelbagai penyakit hanya kerana minum air kerana air yang kita minum setiap hari sememangnya mengandungi KLORIN dan KESAN KARAT yang dapat melemahkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit. Namun, pengambilan air yang bersih (ditapis) BUKAN SAHAJA memberi tenaga dan membolehkan badan berfungsi dengan baik malah air yang benar2 bersih dapat meningkatkan kadar metabolisma badan dan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Cerita Air Tercemar di Kediaman






Teguk air karat

AMPANG: “Nak bayar bil air pun rasa tak ikhlas,” luah seorang penduduk di Taman Dagang Fasa 1 di sini, mengenai bekalan air mengandungi karat dan tekanan air yang terlalu rendah.

Penduduk, Maimun Samsudin, 48, berkata bekalan air sangat kotor dan dikhuatiri akan menyebabkan masalah kesihatan jika ia digunakan untuk tujuan memasak.

“Sebelum ini, saya pernah menggunakan penapis air untuk mendapatkan bekalan air bersih serta tidak berbau, tetapi ia tetap berwarna kekuningan dan masih berbau,” katanya yang menetap di taman perumahan berkenaan hampir 20 tahun.

Katanya, masalah itu timbul sejak 2001 sebelum menjadi semakin serius dua tahun lalu dan pada mulanya, dia menyangka tangki air di rumahnya rosak atau berkarat, justeru menukarnya pada Jun lalu.

Bagaimanapun, katanya masalah air berkarat itu tidak juga selesai, malah tekanan air menjadi rendah, menyebabkan aliran air ke paip rumah terlalu perlahan sehingga sukar melakukan aktiviti harian seperti membasuh serta mandi.

Menurutnya, apabila tangki lama diturunkan, dia terkejut
melihat keladak karat setebal 10 sentimeter di dalamnya dan yakin masalah air kotor sebenarnya berpunca daripada saluran paip bawah tanah yang berkarat.

Dia berkata, saluran paip itu digunakan sejak 20 tahun lalu dan masih tidak diganti sehingga kini, menyebabkan bekalan air ke rumah semua penduduk di taman berkenaan berkarat.

Katanya, kemungkinan saluran paip tersumbat disebabkan karat dalamnya, sekali gus menyebabkan tekanan air rendah dan aliran perlahan.

Maimun berkata, taman berkenaan mempunyai 482 rumah dan hampir semua dipasang alat penapis air sama ada di luar atau dalam bagi menangani masalah air kotor itu, namun ada penduduk yang tidak memasangnya lantaran kos pemasangan serta penyelenggaraan yang tinggi.

Menurutnya, ketika mengadakan majlis perkahwinan anak sulungnya awal tahun lalu, dia terpaksa menakung air bersih dalam bekas khas untuk ketika memasak, selain menggunakan paip air dari rumah jiran akibat masalah air berkarat dan bertekanan rendah menjadi semakin teruk di rumahnya.

Katanya, bekalan air di rumahnya hanya digunakan untuk membasuh dan mandi saja, manakala untuk memasak, dia terpaksa membeli air bersih daripada alat penapis dengan harga RM3 bagi 10 liter, sejak lima tahun lalu.

“Kira-kira 150 liter air bersih dibeli untuk penggunaan sebulan. Sebelum ini saya sekeluarga tidak mengambil berat mengenainya dan menggunakan saja air berkarat berkenaan, namun selepas ujian air dilakukan syarikat pembekal alat penapis air membuatkan saya mengambil langkah ini walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan,” katanya.

Masalah itu turut dikongsi Samsudin Mohamad, 47, yang mengakui kualiti bekalan air di taman perumahan itu sangat teruk, berwarna kekuningan serta berbau sehingga melekat pada pinggan mangkuk yang dibasuh.

“Kualiti air seperti ini boleh memudaratkan kesihatan penduduk jika pihak berkenaan tidak mengambil langkah segera (menggantikan paip bawah tanah),” katanya yang memasang alat penapis air di rumahnya sejak tiga tahun lalu.

Katanya, kos pemasangan alat penapis air di rumahnya mencecah RM2,500 dan jumlah itu tidak termasuk kos penyelenggaraan setiap bulan RM400 untuk sekali penukaran penapis.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan dia terpaksa menukar penapis empat kali selepas alat itu disaluti karat tebal yang menunjukkan air terbabit memang tidak selamat digunakan.

“Saya berharap pihak berkenaan mengambil tindakan segera menggantikan paip saluran yang lama tertanam itu kerana jika ia tidak digantikan masalah ini tidak akan selesai, malah boleh menyebabkan kesan pada kesihatan penduduk,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Teguk-air-karat/Article/

Tangki air ada bangkai - Hasil pemeriksaan Syabas di rumah pengguna

KUALA LUMPUR - Pantang ada masalah air kotor berlaku, rata-rata kebanyakan 7.5 juta pengguna air di Kuala Lumpur, Putrajaya danSelangor biasanya 'menuding jari' kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Kadangkala tuduhan itu bukan semuanya salah Syabas malah ia juga berpunca daripada sikap pengguna sendiri mengakibatkan air yang disalurkan kotor, keruh dan berkeladak.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, masalah air kotor itu kebanyakannya
berpunca daripada sistem paip dalaman di rumah pengguna yang tidak diservis dengan baik.

Hal itu terbukti melalui beberapa siri pemeriksaan tangki air rumah yang dilakukan Syabas sejak beberapa tahun lalu. Penemuan terbaru dibuat di sebuah rumah di Kampung Baru di sini semalam.

Sungguh menjijikkan apabila melihat tangki air yang diperiksa. Ia disaluti karat tebal, berlendir dan mengeluarkan bau busuk hingga kelihatan seperti sebuah tangki najis.

"Kebanyakan pengguna Syabas tidak menyedari bahawa masalah bekalan air paip kotor di rumah mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem paip di dalam rumah," katanya ketika ditemui selepas program Turun Padang Syabas di sini semalam.

Menurut Abdul Halem, pemeriksaan Syabas mendapati kira-kira 80 peratus daripada 1,076 aduan bekalan air kotor yang diterima pihaknya sejak 6 April lalu berpunca daripada sistem paip atau tangki air di dalam rumah yang telah usang dan berkarat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Air paip berkarat

JASIN: Seorang kerani sekolah dari Taman Sri Sempang, Merlimau, dekat sini, terkejut apabila mendapati kain lampin anaknya dibasuh menggunakan mesin basuh di rumah ada tompok kekuning-kuningan akibat masalah air berkarat.

Noraini Abdul Karim, 32, berkata dia pada mulanya menyangka kejadian itu mungkin berlaku sekali, namun ia berlaku berulang kali hingga menjejaskan kehidupan harian keluarganya.

“Apabila melihat warna kain lampin itu bertompok-tompok kekuningan, saya hairan lalu mengambil keputusan menadah air daripada saluran paip mencari punca masalah itu.

“Saya terkejut melihat air paip berkarat. Apa yang pasti, kejadian air berkarat berlaku hampir setiap hari dan menimbulkan masalah kepada kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia kecewa dengan masalah air berkarat yang berlaku sejak Julai lalu hingga terpaksa menunggu air bersih sebelum membasuh pakaian keluarganya.

“Kebiasaannya selepas pulang kerja, saya akan segera membasuh pakaian, namun sejak kejadian itu, saya terpaksa menunggu air bersih untuk membasuh baju.

“Selain itu, saya terpaksa mengasingkan setiap pakaian putih kerana khuatir warnanya akan bertukar menjadi tompok kekuningan,” katanya.

Katanya, masalah air berkarat bukan saja dialaminya, malah kira-kira 50 keluarga lain di taman perumahan berkenaan mendakwa menghadapi keadaan sama, tetapi enggan membuat aduan.

“Pernah sekali saya mengadu kepada rakan berhubung kejadian air berkarat, dan dia memaklumkan mungkin proses cucian tangki dilakukan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

“Namun, apabila ia berlaku setiap hari, saya terfikir adakah proses cucian ini berlaku setiap hari sedangkan ada ketika air mengalir bersih seperti biasa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Air-paip-berkarat/Article/

Petua Awet Muda


Setelah bangun pagi dari tidur, minumlah air masak atau air kosong sebanyak 3 gelas SEBELUM basuh muka ATAU gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

WAKTU MEMINUM AIR


Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. Tetapi air di sini adalah AIR MASAK!

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

KEPERLUAN AIR



Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk mengubati penyakit. Air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan.

Firman Allah di dalam Al Quran:

"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman"
Surah al Anbia' : 30

Satu daripada tips kesihatan dan kecantikan yang selalu kita dengar ialah amalan meminum air yang banyak. Biasanya, pengambilan air dikaitkan dengan kelembapan dan kesegaran kulit. Dengan meminum banyak air bersih ia dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Air adalah komponen kimia badan yang secara purata merangkumi 60 peratus daripada berat badan. Bagaimanapun, sering timbul persoalan berapakah jumlah air yang diperlukan tubuh kita sehari? Betulkah setiap orang dewasa memerlukan air antara 8-12 gelas sehari.

Formula berikut boleh dijadikan panduan kepada keperluan air dalam badan kita:

Berat badan/ = Jumlah air yang kita perlu dalam sehari
30 hari

47 kg/ = 1.5 liter
30 hari

Hasil kajian daripada America Collage of Sport of Medecine menunjukkan bahawa kekurangan air didalam badan seseorang boleh menyebabkan kepada keadaan berikut:

>Kekurangan air sebanyak 1% tubuh menyebabkan anda berasa haus.
>Kekurangan air sebanyak 2% menyebabkan wajah anda menjadi pucat.
>Kekurangan air 3% akan membuat anda tidak bermaya untuk melakukan sebarang aktiviti harian.
>Kehilangan 4% air akan menyebabkan ketahanan otak menurun hingga 30% dari kemampuan optimal.
>Kekurangan 5% air akan menyebabkan fungsi mental anda akan terganggu pada saat tidur.
>Kehilangan 10% boleh membawa maut.

Oleh yang demikian, air yang bersih adalah amat penting kepada tubuh badan kita bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecerdasan.